Digital Marketing

Content Creation Using Mobile Device

By Suzaidee

Pengenalan

Salam... Nama saya Suzaidee atau lebih dikenali dengan nama Dee.

Jika anda mengunjungi laman web ini anda merupakan salah seorang pelajar kelas 'Digital Marketing - Content Creation Guideline' ataupun anda berminat untuk menghadiri kursus yang saya sediakan.

Saya ketengahkan tajuk 'Content Creation Guideline' kerana didalam kursus ini kita akan lebih fokus kepada cara cara penghasilan isian untuk laman sosial kita seperti facebook, instagram dan lain lain lagi.

Sedikit tentang diri saya, saya merupakan seorang geek. Yup, saya gemar pada perkara perkara berkaitan teknologi seperti komputer, gadget dan yang sewaktu dengannya... hehehe. Selain itu saya juga seorang jurufoto dan pereka web yang aktif didalam industri dan juga penyumbang kepada beberapa agency stock photo terkemuka dunia.

Sebelum kita meneruskan kelas, ucapan terima kasih kepada MyNic Berhad kerana memberi saya peluang untuk mencurahkan ilmu kepada anda semua.

Oh ya jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh saya., boleh cuba hubungi saya

Persediaan

Sebelum kita teruskan, sedikit persediaan kita perlu lakukan: -

  • Adakah telefon bimbit kita mempunyai kamera?
  • Telefon bimbit sudah di cas sepenuhnya?
  • Memori kapasiti yang mencukupi
  • Email - Yes, kita perlu mempunyai email account. Untuk kegunaan tefon pintar kebanyakannya memerlukan kita mempunyai akaun email. Selain dari itu ia berguna untuk kita dalam proses muat turun beberapa applikasi didalam pembelajaran ini
  • Jika anda tidak mempunyai alamat email, sila klick butang dibawah

Beberapa applikasi yang kita perlu muat turun: -

  • snapseed
  • splice/ filmora
  • flipagram
  • Instagram
  • YouTube

Asas

Topik disini khusus kepada fotografi dengan telefon bimbit (handphone). Ia juga lebih dikenali dengan nama 'mobile photography' atau 'iPhoneography'. Walaubagaimanapun tidak kira bentuk atau jenis kamera yang kita gunakan, asas photography masih tetap sama. Oleh itu mari saya kongsikan dengan anda semua.

Cahaya

Cahaya merupakan elemen sangat penting dalam penghasilan gambar. Asal usul perkataan 'Photography' yang berasal dari bahasa greek membawa maksud 'Melukis Dengan Cahaya' menunjukkan betapa pentingnya pencahayaan didalam fotografi. Untuk fotografi telefon pintar, kualiti dan kuantiti cahaya sangat penting kerana imej sensor pada telefon pintar lebih kecil dari kamera seperti DSLR. Jika ingin gambar yang terang, pastikan sumber cahaya cukup tanpa perlu menggunakan aplikasi tambahan untuk meningkatkan keterangan kerana ia akan menampakkan 'noise' pada gambar.

Peralatan

Setiap peralatan mempunyai fungsi yang tertentu dalam penghasilan hasil kerja. Kenali peralatan anda kerana boleh membawa kreativity anda ke tahap yang tidak anda duga. Sila lihat slide dibawah untuk contoh peralatan yang sering digunakan dalam penghasilan gambar dan video

Komposisi

Komposisi didalam fotografi adalah penyusunan elemen elemen didalam gambar mengikut mood dan cerita yang cuba disampaikan. Beberapa perkara digunakan dalam membantu mencapai komposisi yang diinginkan seperti 'Rule of Thirds', dan 'Golden Spiral'.

Dont's

Antara perkara yang perlu dielakkan. Jangan gunakan latar belakang yang berserabut. Warna subjek dan latar belakang yang sama. Post yang pelik dan tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia. Jangan edit terlampau berlebihan sehingga warna produk berubah

Do's

Antara perkara yang perlu diutamakan. Latar belakang yang 'simple' dan 'clean'. Warna subjek dan latar belakang yang kontrast.

Media Sosial

Perkembangan media sosial banyak membantu bukan sahaja dari segi jurang perhubungan malah ia juga membantu dari segi ekonomi. Secara tidak langsung perniagaan yang dulunya bergantung pada lokasi premis perniagaan telah juga berubah arah ke dunia internet dan media social. Antara platform yang sering digunakan di Malaysia adalah: -

facebook

- Terkenal dengan teknik  menggunakan iklan (facebook ads)
- Setiap iklan (posting) mempunyai kelebihan siapa, dimana, kita ingin iklan dapat diketengahkan

instagram

- Antara aplikasi yang paling ramai pengguna (700 juta pengguna)
- Menggunakan teknik #hashtag bagi mendapat perhatian pengguna lain
- Ramai peniaga Malaysia menggunakannya kerana ia lebih mudah memasuki pasaran luaran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura

whatsapp

- Bukanlah satu media sosial, tetapi ia satu platform yang sangat popular.
- Ramai peniaga menggunakannya kerana ia lebih jimat dari menggunakan sistem sms.
- Kelebihan mewujudkan kumpulan 'group' memudahkan peniaga menguruskan bukan sahaja promosi pada pelanggan tetapi juga pada ejen ejen mereka

twitter

- Tidak begitu ramai pengguna di Malaysia
- Hanya membenarkan 160 karakter sahaja pada setiap posting
- Tetapi kerana hanya 160 karakter ini, Twitter lebih digemari dikalangan blogger

Hubungi Saya

[images-comparison image_1="https://suzaidee.com/wp-content/uploads/2017/11/Untitl65ed-1.png" image_2="https://suzaidee.com/wp-content/uploads/2017/11/3.png"height="52" width="52"]